Monday, 9 April 2012

At Dataran






Features

Specs



Sejarah Nouvo

Setelah kejayaan Nouvo, pada Februari 2008 Yamaha Motor Company di Thailand dan Vietnam melancarkan model Yamaha Nouvo Elegance serba baru (LX di Vietnam) bagi pasaran masing-masing perubahan ketara pada model ini ialah sesaran enjinnya dinaikkan daripada 115cc kepada 135cc (11.26 kuasa kuda). Tambahan pula, bahagian silinder dan omboh tempaan kini dibuat daripada DiASil (silinder aluminium acuan tempaan) yang lebih ringan bagi memberikan nisbah kuasa kepada berat yang lebih baik, mengurangkan kepanasan enjin pada perjalanan jauh. Radiator sejukan air juga dipasang pada bahagian sisi kanan enjin bagi penyejukan enjin serta ketahanan enjin yang lebih baik. Perubahan kosmetik turut dilakukan, termasuklah penggunaan papan pemuka baru dengan odometer digital. Nouvo Elegance turut dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2008 dengan nama "Yamaha Nouvo LC”.